...inner chirps of a stranded bird with broken wings...

Blog Kawan

+ No comment yet
agak lame gak aku menyepi tak update blog ni...bukan nak katekan busy...tapi masalh nyer...aku dlam dilema...aih...ntah la mcm mane nak cakap.....dalam pada itu aku byk dgr radio dan tgk eh salah..lawat blog org lain...nak dapatkan insiparsi dalam hidup....

salah satu dilema aku dalam seminggu ni...ape lagi masalh internet la...mmg la dlam seminggu ni hujan..pada mase yang same service WIMAX kene impact....sakit ati gak..mane tak nyer...dah berpuluh email di hantar...tapi tak pernah di responyer...bru arini dan semalam aku dapt reply....dorg pun dah janji nak bg 14 days waive untk next month nyer bill....ok la tu...tapi sume keje aku tergendale la....aih...

so arini aku tgk satu blog kawan yg skg ni berada di China...sedang bekerja di sana lah pasal kehidupan masyarakat Islam China...cerita die agak menyedihkan....ni petikan dari blog die....copyright reserved ok....

Sepertimana hari-hari AD yang sibuk, restoran ataupun lebih tepat sekiranya digelar warung kecil merupakan tempat hinggap wajib untuk cacing-cacing diperut yang bergazal sebagai tanda protes yang minta segera diberi mineralnya . ketika sedang sibuk menikmati mee buatan tangan yang ditarik kenyal di kala warung itu sedang melabuhkan tirainya tanda perniagaan harian mereka berakhir merupakan sesuatu gangguan tetapi tetap tetap tidak diendahkan.Memandangkan sudah mesra dan dianggap saudara sehingaa pernah diberi makan percuma selama berminggu-minggu, maka layanan semestinya melebihi daripada pelanggan lain.(iskh..bosan plak ayat2 drama…ok, kembali ke standard penulisan caca marba untuk interprestasi yang lebih menyakinkan – )

borak2 la dgn tokey kedai tu sbb AD pelanggan akhir..masa tu semua kerabat diorang ada untuk sesi gotong royong membersihkan kedai sementara menunggu nasi goreng sayur (beli untuk Mr.Peter yang x turun makan disebabkan dia tidur ketika nak ajak trn makan),maka sesi usrah bermula. Bermula dgn kisah rokok dimana orang islam China haram, org islam Malaysia, BOLEH (apa ek hukum merokok kat Malaysia??makruh ker??)..dkt dua jam borak2 (mcm ayam itik bercakap)…tp masih lagi boleh faham sebab dia tau skit2 arab, ad pun tau skit2 bak senipis kulit bawang..kira match laa bila termasuk dengan bahasa tubuh dan bahasa cina ad yg sgt2 sikit ..selepas kisah pasal rokok di China,pastu ckp pasal IC, pasal kawin, pasal haji, pasal saffron, pasal kupiah (sbb islam disana pakai kupiah kecuali tidur), pasal potong kuku
Last2 masuk bab masjid(masjid ker?)..
Dia ckp, org islam sini dlm 18 keluarga(kalau tak silap), dan masjid mereka yang saiznya sama besar dgn dua bilik tidur single room hotel 1 bintang yang berkarpetkan warna hijau yg nipis tu (yang tuk cover stage)..dia ckp, masjid a.k.a bilik solat tu dikongsi sama2 oleh penduduk islam..(semua penduduk islam tu sebenar bukannya kaya..leh kata semua peniaga..ada yg kipas satay, ada yg bukak kedai(warung ) ada jual nasi goreng. Pendek kata semuanya berbisnes kecil kecilan ..dia ckp imam masjid tak bergaji tetapi menghidupkan masjid dgn baik.ada penyebaran ilmu disituterutama bahasa arab.Gaji imam tu diorg share2 bayar..kekadang rmb300 (rm150), kekadang rmb400(rm200), apa yang ad cuba nak sampaikan ialah masjid (mini) yang daif tu mekar hidupnya. Semasa solat jumaat lepas, kebetulan 2 bos besar datang untuk monitor kerja ad, ad ajak dia solat jumaat bersama (jarak macam dr Kuantan ke Pekan), selepas sesudah solat dia komen yang di Malaysia masjid gah tapi x meriah,kat sini pula masjid daif sedemikian rupa dan dengan islam yang minoriti, mereka “hidup”.ketahuila bilal mereka tidak tahu mengaji dan hanya menghafal sahaja rukun2 bilal dan surah2 lazim.

Untuk imam pula,bayangkan dgn rm200 tuk sebulan?????????????(kos sara hidup sini lebih tinggi dari teluk intan dan skudai, sebagai contoh,nasi goreng dlm RM4) .

Maka AD xnak ckp byk, sesapa yang nak membantu, roger2 laa AD..